Penjagaan Gigi Si Bulus

9:58 PM


Apa kepentingan membersihkan gigi si bulus

Penjagaan gigi si bulus perlu dilakukan bagi mengelakkan pembentukan kaviti dan tartar. Pembersihan gigi dan gusi juga dapat mengelakkan si bulus terkena ulser. Gigi si bulus perlu dibersihkan setiap hari. Bawa si bulus untuk berjumpa pakar bagi pembersihan gigi yang menyeluruh sekali setahun. Pakar juga boleh mengesyorkan produk yang baik untuk gigi dan gusi si bulus.

Cara membersihkan gigi si bulus
Penggunaan berus & ubat gigi khas buat si bulus perlu dititikberatkan. Jangan sesekali menggunakan berus dan ubat gigi manusia ke atas si bulus, kerana itu adalah tidak sesuai sama sekali.
Guna berus gigi yang lembut & ubat gigi yg mempunyai rasa ayam, ikan dan sebagainya bagi merangsang sibulus untuk membenarkan giginya dicuci.

Tip membersihkan gigi sibulus
+ Lakukan proses membersihkan gigi sibulus di tempat 'lepak' kegemaran mereka.
+ Beri si bulus rasa ubat gigi yang akan digunakan untuk menarik minat mereka.
+ Berus gigi dan gusi si bulus dengan lembut.
+ Semasa memberus gigi si bulus, pastikan bahagian geraham belakang atas gigi taring dibersihkan dengan betul, kerana gigi ini cenderung untuk membentuk tartar dengan cepat.


credit info : haimeow | majalah kucing no.1 di malaysia










You Might Also Like

0 comments

Popular Posts