6 Tanda Perlu Tukar Makanan Si Bulus
9:10 AM
Kepada owner2 kucing, anda semua harus tahu perkara ini supaya kucing2 anda mendapat diet pemakanan yang seimbang mengikut kesesuaian umur mereka. Ada 6 tanda wajib beli makanan baru buat si kucing anda.
1) Dull, Flaky Coat - Diet yang diperkaya dengan asid lemak adalah komponen utama dalam membantu penjagaan bulu & kulit si bulus anda bagi mengekalkan keadaan mereka yg tip top. Hari ini, makanan mempunyai banyak jenis. Untuk penjagaan kulit & bulu mereka, makanan yg mempunyai asid lemak dari Omega 3 & Omega 6 sangat baik untuk menjadikankulit dan bulu mereka berkilatdan sihat dalam masa yang singkat :)
2) Tidak Sihat - Jika kucing anda tiak sihat, mengalami tekanan, atau baru menjalani pembedahan, mereka akan lebih cepat haus. Diet dengan paras antioksidan yang tinggi boleh membantu meningkatkan tindak balas imun untuk mempercepatkan pemulihan si kucing anda. Tapi harus diingat jika kucing kesayangan anda tiba2 kelihatan tidak sihat atau lemah, anda perlu membawa mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sebelum menukar diet pemakanan mereka.
3) Senior - Jika kucing anda sudah mencapai usia senior mereka memerlukan nutrisi yang lebih sesuai dengan tahap dan peringkat umur mereka. Diet yang lebih rendah kalori, tetap tinggi dalam serat dan mempunyai makanan tambahan khusus seiring dengan gaya hidup yang mempunyai antioksidan yang baik. Jenis makanan yang mempunyai lemak dan nutrisi berlebihan boleh membahayakan kucing senior anda.
4) Obesiti - Kes ini pula jika kucing anda mempunyai berat badan berlebihan diet pemakanan mereka juga perlu ditukar mengikut keperluan mereka. Berikan makanan yang mempunyai nutrisi, vitamin, mineral dan kadar kalori yg disukat mengikut keperluan kucing anda. Kebiasaannya, kucing indoor yang selalu mempunyai masalah obesiti jadi dapatkan nasihat pakar atau dr vet ada terlebih dahulu :)
5) Makanan - Jika makanan kucing anda tidak sesuai, ianya boleh mengakibatkan cirit - birit dan tidak keselesaan pada perut mereka. Ini disebabkan oleh kualiti makanan makanan yang rendah dan bahan yang tidak sesuai dengan kucing anda. Tukar makanan mereka kepada makanan yang mempunyai diet yang lebih seimbang.
6) Gatal- gatal - Alahan adalah perkara biasa yang terjadi pada kucing anda , dan makanan adalah salah satu punca yang menjadi punca hal ini terjadi. Kucing yang terdedah kepada masalah ini mungkin tidak mendapat diet pemakanan yang baik dan kadar allergen yang rendah boleh menyebabkan mereka terdedah kepada alahan dan gatal2 yang kronik. Pakar akan mencadangkan makanan yang khas untuk kulit sensitif dan mempunyai kadar diet yang seimbang mengikut kesesuaian kucing anda.
credit info : haimeow majalah kucing no 1 di malaysia
0 comments