Tip untuk kucing2 yang sakit ringan sebelum sempat bawa ke Vet
7:19 AMRamai yg PM minta kongsi tips penjagaan. Ni sy share sikit je. Mana
yg harga berpatutan sy mampu pakai, dan mampu beli, dan untuk kucing2
sakit ringan sebelum sy bawa ke vet. Sesuai dibaca bg yg tinggal jauh dr
vet. Dan ni tips2 newbie sahaja.
1. Kucing demam/selesema/cirit
-Bg minum air glucose sebanyak mana kucing mampu untuk elak dehydration
-Bg antibiotik azithromycin/imexa/all in one. Dos 0.5ml kitten, 1.5ml adult.
-Bg ubat demam tolfedine/antibiotik vedamox@clavamox
-charcoal tablet(cirit/keracunan)
2. Kucing sakit mata
Sakit mata ada byk sebab, antaranya earmite, kecacingan, flu
-rawat punca sakit mata dan beri ubat mata.
-ubat yg biasa diguna adalah nicol eye drop,terramycin,neo deca eye drop, kloraxin, gentamycin.
3. Telinga ada earmite
-Cuci telinga setiap hari dgn Ear cleaner/baby oil
-Rawat dengan flea out (drop dlm telinga), surolan, illium ear drop, atau sapa saja ubat earmite. Pakai cuka epal pun boleh.
4. Cacing
- bg la ubat cacing.. Kami selalu guna troy utk kitten dan drontal/prazivet/wormnil utk adult.
5. Ibu menyusu
- Bg makanan protein tinggi/ makanan kitten
- Bg haemomax/livoferol utk tambah susu
- Bg uphavit/vetacat/atau apa jenis vitamin utk vitamin tambahan.
- Bg calcium / susu.
6. Fungus
- bg ubat fungus griseofulvin Dos nya, 25mg-50mg / kg
- mandikan dengan syampoo fungus/ berubat mcm malaseb,triseb atau coatex.
- mandi dengan cuka epal
- sapu la cream kalau rajin
-Spray pon boleh..
7. Bulu gugur
- Periksa punca bulu gugur, ada kutu ke, hama ke, fungus ke, stress ke, panas ke,on heat ke dan rawat.
- Mandikan dgn syampoo medicated.
- Bg vitamin, sini guna vetacat je.
- Bg fish oil/salmon oil
- Kalau kucing stress, bg la dia catnip
- x selesai jugak, lion cut je.
8. Benda wajib ada dalam rumah, kira 1st aid kit sebelum segera ke vet atau kalau kucing sakit.
- Glucose
- Ape2 brand vitamin syrup, sy guna vetacat
- High energy paste, sy slalu pakai troy Nutripet
- Ubat cacing
- Ubat kutu
- Cuka epal
- Wetfood super sedap untuk yg x sihat dan xnak makan.
-makanan protein tinggi/kitten
-susu
-charcoal tablet (cirit/keracunan)
-ubat fungus
-transfer factor
9. Kucing xmahu mengawan
- pasrah jela, biar berlaku semula jadi
- bg supplement Dr tone, 2.5ml sehari.
10. kalau kucing kene virus@mati
- di rumah pastikan ada germisep (disfectant tablet)- selamat untuk kucing. bersihkan kawasan yang diduduki oleh kucing yang ada virus,bekas makan,mainan dan sebagainya
-guna clorox pon boleh (pastikan kering selepas clorox dan tiada kucing di sekitar kawasan yg dibersihkan)
11. kucing ada luka/berulat/busuk
-bersihkan luka/yg berulat buang ulatnya smpai bersih(pakai glove masa bersihkan luka/ulat,guna air suam bersihkan luka)
-guna magtox spray
1 comments
assalam nak tanya ni.kalau kucing selsema and batuk, nak bagi ubat mcm ni ke?
ReplyDeleteimexa and clavamox
sebenarnya saya tak pahama which ubat yg bertindak as an antibiotic or flu. sebab kalau saya seacrch ubat2 tu semua bertindak as antibiotik