Penjagaan Ibu Kucing Semasa Kelahiran

4:25 PM



Selepas 63 hari (58 hari hingga 70 hari) ibu kucing bunting, maka tibalah saat untuk melahirkan anak kucing. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian khususnya pada tempat ibu kucing melahirkan anak. Tempat tersebut mestilah di asingkan dari pejantan2t kucing agar si ibu tidak tertekan semasa melahirkan anak. Ini bagi mengelakkan ibu kucing memakan anak tersebut selepas melahirkannya. Apabila  langkah2 penjagaan telah diambil, maka tibalah saat menunggu kelahiran anak kucing.

1. Apabila tiba masanya (seperti yang telah tercatat dalam jadual mengawan-kelahiran), maka kita perlu bersiap sedia bagi menghadapi kelahiran bayi baru. Alatan penting seperti gunting, kapas @ tisu tangan, iodin @ antiseptic, sarung tangan plastik dan susu kambing (serbuk atau cecair yang penting original dan boleh diminum oleh anak kucing) perlulah disediakan dan disimpan di tempat yang mudah di ingat. Alatan2 ini bagi memudahkan kerja2 yang akan diterangkan di bawah.

2. Perhatikan tanda2 kelahiran yang ibu kucing tunjukkan. Tanda2 biasanya seperti sering baring mengiringkan badan, bernafas dengan laju dan meneran. Ada juga tanda seperti  bebola air keluar dari bahagian punggung (vagina) menunjukkan bahawa kelahiran akan berlaku pada waktu terdekat.

3. Apabila ibu kucing duduk dalam posisi untuk melahirkan, kita haruslah bersedia dengan alatan2 yang disebutkan tadi jika ibu kucing tidak membersihkan anaknya selepas lahir. Sekiranya ibu kucing menjilat dan memakan kantung anaknya, maka ia memudahkan kerja pemantauan.

4. Namun sekiranya berlaku sebaliknya maka perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan memecahkan kantung anak kucing tersebut bagi mengelakkan ianya lemas. Gunakan sarung tangan plastik kerana ada sesetengah ibu bertindak agresif pada anak sekiranya terdapat bau yang lain pada anak tersebut. Gunting tali pusat anak kucing dalam ukuran 2@3cm dari badan, kemudian lap anak kucing tersebut dengan menggunakan tisu tangan (jangan gunakan hair dryer atau pet blower). Selepas kering, semburkan @ sapukan sedikit iodin @ antiseptik pada pusat anak kucing tersebut bagi mengelakkan jangkitan bakteria. Gunakan pengorek telinga yang dicelup dengan iodin dan sapukan perlahan2 pada pusatnya. Letak ank kucing yang telah dikeringkan dan tunggu kelahiran seterusnya. Ulang langkah ini kembali.

5. Selepas kesemua anak dilahirkan (mengikut jangkaan doktor haiwan) maka tiba masa untuk memberi susu kepada anak kucing. Sekiranya ibu tersebut pandai menjaga anaknya,alhamdulillah senang kerja kita. Tetapi sekiranya si ibu masih tidak berpengalaman @ 1st time beranak maka menjadi tanggungjawab kita untuk mengajarnya supaya memberi susu pada ank yang baru lahir. Baringkan ibunya secara mengiring (paksa) dan tekan sedikit kuat agar ibunya tidak dapat mengalihkan posisi tersebut. Ambil anak kucing yang baru melahirkan, letakkan muncungnya pada puting susu ibunya. Kerja2 ini sebaiknya dilakukan berdua bagi memudahkan pengendalian ibu kucing dan anaknya.

6. Terdapat anak kucing yang tidak mahu minum apabila dipegang dan dipaksa oleh kita. Cara yang terbaik adalah dengan mengambil setitik susu kambing dan letakkan pada hujung puting ibunya. Ambil anak kucing tersebut dan letakkan muncungnya pada puting yang telah dititikkan dengan air susu kambing itu tadi. Biarkan dia sendiri yang mencari puting ibunya setelah merasa susu kambing yang dititik pada puting itu tadi.

7. Setelah selesai penyusuan anak2 kucing (pastikan anak kucing sudah tidur kekenyangan), ambil ibunya kemudian dirikan ibunya dalam posisi biasa. Tekan @ picit di bahagian perut secara lemah lembut dan rasai sekiranya masih terdapat ketulan sebesar anak kucing di dalam perutnya. Sekiranya masih ada, maka biarnya selama semalaman bagi memberi masa pada ibunya untuk melahirkan atau membuang. Ketulan tersebut boleh jadi anak yang tertinggal atau ketulan najis. Sekiranya masih ada pada keesokan harinya maka di sarankan anda membawa kucing anda pada doktor2 haiwan yang berhampiran. (Pemeriksaan bahagian perut kucing hendaklah dilakukan secara berdiri normal dan bukannya dlm keadaan baring).

8. Bagi multivitamin seperti DR TONE dan MULTI ELIXIR supaya dapat memberi tenaga kepada ibu kucing selepas melahirkan anak akibat kehilangan darah yang banyak. Sebolehnya pemberian wetfood juga digalakkan untuk sementara waktu bagi memudahkan penghadaman bagi ibu kucing tersebut.

Ini adalah sebahagian cara menyambut kedatangan anak kucing yang baru. Sekiranya terdapat juga cara2 lain yang dapat dikongsikan bersama, mohon ditulis di ruangan komen. Penambahbaikan info amatlah digalakkan. Akhir kata terima kasih pada yang sudi membaca.

"KITA BELA SAMA SAMA, KITA PANDAI SAMA SAMA" :-)

You Might Also Like

9 comments

  1. Bagaimana kalau ibu kucing tak makan tali pusat anaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kna gunting tali pusatnya dlm ukuran 2 atau 3 cm mcm yg dinyatakab di atas..agaknya la

      Delete
  2. Salam, apa masalah ibu kucing yg sudah melahirkan tetapi masih ada keluar darah.

    ReplyDelete
  3. Salam, apa masalah ibu kucing yg sudah melahirkan tetapi masih ada keluar darah.

    ReplyDelete
  4. Nak tanya kenapa selapas kucing melahirkan, tetapi masih ada darah keluar dan dan kucing itu first time beranak

    ReplyDelete
  5. Macam mana nak bersihkan ibu kucing ye? Bahagian ekor die agak kotor? Mandikan macam biasa?

    ReplyDelete
  6. Maaf saya bertanya berapa hari kah ibu kucing boleh di mandikan selepas bersalin. Dan berapa hari ka. Bayi kucing boleh di mandikan..?

    ReplyDelete
  7. Kalau selepas sehari ibu kucing melahirkan bayi kucing,lepas tu dia asyik mengiau..apakah sebabnya ya?

    ReplyDelete
  8. Kucing sy bru lepas bersalin.. Tp kenapa kejap2 dia bising.. Miaw.. Miaw

    ReplyDelete

Popular Posts