8 Cara Penjagaan Kucing
4:43 AM
8 Cara Penjagaan Kucing
1.Si manja perlulah dimandikan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali dengan menggunakan air suam, kalau guna air sejuk dia akan mengigil, tubuh dia kan kecik, so dia tak dapat tahan kesejukan air kalau anda guna air sejuk, berkemungkinan besar dia akan melompat dan mencakar cakar anda
2.Tahap kepanasan air tu biarlah suam-kuku, agak-agaklah la si manja tidak sejuk & tidak berapa panas bila ia dijirus dgn air tersebut... Anda perlulah memandikan si comel dari ekor terlebih dahulu, jirus bahagian ekor dan seterusnya ke seluruh badan kecuali muka dan telinga. Telinga si manja tidak boleh dimasuki air, jika tidak, telinganya boleh bernanah, muka pula tak boleh dijirus, nanti dia lemas, cukup sekadar anda lap menggunakan tuala kecik yang telah di basahkan. Kemudian, syampu seluruh tubuh badan si comel kecuali bahagian kepalanya sahaja (jangan sekali kali guna syampu manusia)... Gosok2 dan garu badannya sehingga diliputi syampu, gaul sehingga ia sebati & mesra. Sebab jika si manja ade kutu, bagi kutu tu pening2 lalat supaya ia pengsan dan mengalir jatuh bersama air. Setelah itu, bilas kembali degan air suam hinggalah buih-buih syampu itu hilang. Bersihkan hidung & mata si manja anda dengan kain tuala atau tisu yg dilembapkan (lembap, bukan basah ya).
3.Keringkan si comel anda dengan tuala yg dikhaskan untuknya, lapkan seluruh tubuhnya. Bagi kucing yang berbulu lebat dan panjang seperti persian, ragdoll, norwegian forest, silberian, chinchilla, munchkin (yg bulu panjang je) dan yg sewaktu dengannya, anda perlulah menggunakan 'hair dryer'. Ingat, gunakan suhu yang coll pada hair dryer untuk mengeringkan tubuh mereka, kerana jika anda biarkan bulu mereka kering sendiri, ini boleh mendatangkan penyakit kulit kepada kulit lembap mereka. Bagi kucing biasa macam kucing kampung kat malaysia ni, better guna 'hair dryer' jugak, tapi kalau tak mahu atau susah sebab mereka takut, anda jemur je la tgh panas, sebab diorang ni memang suka berjemur lepas mandi, In Sya Allah, kucing-kucing berbulu pendek ni kurang potensi untuk terkena penyakit kulit. Bagi yang bulu pendek ni anda boleh juga menggunakan 'hair dryer', tapi tidaklah menjadi satu kemestian berbanding dengan kucing yg berbulu panjang.
4.Si manja yang berbulu panjang hendaklah disikat setiap hari bagi membuang bulu-bulu mati yg melekat di badannya dengan menggunakan sikat yg khas untuk kucing.
5.Bahagian telinga si manja juga agak sensitif dgn habuk dan hama, jika dibiarkan kotor, ia mungkin akan menyebabkan telinga si comel dijangkiti hama atau kuman, hama itu boleh memakan darah dan menyebabkan si comel berasa tidak selesa, kerap menggaru dan telinga dan kadang kala akan berdarah. Seterusnya kuman pula boleh membawa penyakit kepada telinga dan menyebabkan telinga si comel bernanah, jika dibiarkan, ianya akan menjadi buruk dan kritikal hingga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa si comel anda.Telinga si comel perlulah di cuci dgn putik kapas serta ubat telinga yg khas untuk matikan kuman sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau anda nak guna kapas untul cuci telinga pun boleh, terpulang pada citarasa memasing. Mata dan hidung si manja pula seeloknya dibersihkan setiap hari.
6.Untuk pemakanan si comel pula, anda tolonglah jangan sekali kali terpengaruh dengan iklan TV, cakap bagus, bulu cantik, bersinar, sihat, lincah, cantik dll. Bukan masanya untuk terpengaruh dengan TV lagi, kalau tak percaya cakap saya ni anda boleh jumpa doktor veterinar sendiri, tanya doktor tentang pemakanan sihat untuk kucing.. Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan makanan kucing adalah tidak berapa baik, ia tidak lebih melainkan sebagai 'junk food' kepada si comel anda, ada satu je yg agak elok jenama iaitu VetMaster kerana ia dibuat oleh seorang doktor haiwan yg sgt berpengalaman di KL ni... itu pun dalam kategori 'Low Premium Food'. Kita sepatutnya menyediakan makanan 'Premium Food or Super Premium Food'. Contoh seperti 'Super Premium Food' adalah Orijen dan Innova Evo. Dalam makanan ni, ia banyak mengandungi protein iaitu 45% dan 50%. Namun tidak semua kucing boleh menerima makanan yang berprotein tinggi dengan jayanya. Maksudnya, sesetengah kucing akan berak cair jika makan makanan berprotein tinggi ni, maka anda kenalah campur dengan 'Premium atau Low Premium Food' bersama sama makanan 'Super Premium Food' tersebut untuk menyeimbangkannya supaya ia menghasilkan najis yg keras dan elok (melalui najisnya kita boleh tengok tahap kesihatan si manja).
7. Bagi 'Premium Food' pula contohnya Royal Canin, Science Plan, Iams, Acana, Blackwood, Eagle Pack, Proformance dan sebagainya... Anda boleh pilih yang mana satu. Walau bagaimanapun, makanan yg terbaik bagi si comel adalah B.A.R.F. iaitu 'Bone And Raw Food', tulang dan daging mentah, itu jawapan kepada kajian saintis omputih, yg mana ianya selari dengan fitrah dan semulajadi kucing tersebut sebagai haiwan karnivor...
8. Last sekali, jangan letak toilet si comel anda di dalam satu sangkar ( cage ) bersama dengan makanan si comel, kerana ianya menimbulkan rasa yg tidak enak kepada si comel untuk menjamu selera.Bagaimana perasaan kita jika makan, minum, berak, kencing dan tidur dalam satu ruang yg sempit, even dia haiwan, tapi jangan perlakukan ia sesuka hati kita, konon atas alasan nak jaga keselamatan lah, nak itu lah, nak ini lah... Ingat, niat tak menghalalkan cara... Kalau nak kurung, kurung dalam rumah, macam tu dia lebih selesa bergerak kesana kemari, melompat dan bermain...(kucing haiwan yg aktif dan suka bermain).
Sumber:Mylovely-cats
0 comments