4 sebab kenapa anak kucing 'Follow" anda

6:17 AM


Adakah anda pernah terlintas dalam fikiran anda mengapa si comel kesayangan seperti menjadi bayang-bayang walau dimana anda berada. Asyik nak mengekor sahaja kemana anda pergi.

Terdapat beberapa sebab menarik yang perlu pemilik tahu mengapa anak kucing ini menunjukkan tingkah laku sedemikian.

1. HUBUNGAN ANTARA IBU-ANAK

Selalunya apabila anak kucing menangis, si ibu yang akan tenangkan dan beri anak kucing keyakinan kembali. Tetapi apabila sejak dari kecil tidak mendapat kasih sayang yang cukup daripada ibunya, ia akan menganggap anda sebagai ibunya. Disebabkan itulah anak kecil ini selalu mengekori anda. 

Pada usia anak kucing dari 8 hingga 12 minggu ini, selalunya pembiak baka akan memisahkan mereka daripada ibunya. Hal tersebut menyebabkan mereka tiada keyakinan diri. Apabila anak kucing tiba di tempat baru, mereka akan trauma dengan keadaan sekeliling. Pada masa itu, peranan anda sebagai pemiliknya perlu dimainkan. Anda seharusnya menjadi ibu gantian yang sentiasa melindunginya.

2. TIRU GAYA KITA

Kebiasaannya anak kucing akan meniru cara si ibu melakukan sesuatu. Cara mandi, bermain, dan bersosial. Apabila anak kucing sudah selesa dengan persekitaran baru, mereka akan cuba menyesuaikan dirinya dengan anda. Cuba lihat keletahnya, adakah ia cuba meniru segala kelakuan anda? Sudah tentu ianya mencuit hati si pemilik

3. PERCAYA ANDA

Anak kucing sangat mudah untuk dijinakkan kerana mereka masih muda dan sangat aktif. Sifat jinak itu juga bergantung pada jenis baka ataupun tidak. Sebagai contoh, kucing baka Savannah agak sukar untuk dijinakkan kerana memiliki sifat agresif dan panas baran.
Pemilik yang memelihara anak kucing Savannah harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk melatihnya. Kebanyakkan baka kucing yang lain mudah untuk dilatih bergantung kepada tahap keyakinan anak kucing itu pada anda. Semakin kuat bonding yang diwujudkan, semakin bertambah kepercayaan mereka kepada pemiliknya.

4. MAHU JADI KAWAN KITTENHOOD

Selalunya anak kucing yang terbiar atau terbuang akan mengalami ketakutan dengan keadaan sekeliling setelah anda membelanya. Pada usia sebegini, anak kucing memerlukan kawan sekeliling agar mereka tidak kebosanan dan berupaya menghilangkan rasa takut itu. anda juga boleh menjadi kittenhood kepada mereka. Secara tidak langsung, apabila anak kucing sudah membesar, mereka akan menjadi haiwan peliharaan yang paling setia yang pernah anda pelihara.




credit to: hai Meow majalah kucing no.1 di Malaysia


You Might Also Like

2 comments

Popular Posts