8 ciri mengenali kucing sakit

8:10 PM

Kucing adalah haiwan peliharaan yang mana paling ramai orang yang suka untuk dibela.

Apabila sudah membela kucing ini bermakna anda harus tahu cara2 untuk merawat kucing anda.


Kena tau simptom kucing sakit ni sebab kekadang kita sibuk dengan kerja maka kesihatan kucing terabai.


Kucing yang sedang sakit biasanya menunjukkan gejala-gejala atau perubahan tingkah laku yang signifikan. Sebelum ianya merebak menjadu sakit yang serius, anda perlu mengenali ciri-ciri kucing yang sakit sebagai berikut:

1. Terlihat lelah dan lesu.

Kucing yang sakit akan kelihatan tidak bersemangat bermaksud dia sedang lelah atau lesu.

2. Tiba-tiba menjadi lebih pendiam.

Kucing terkenal sebagai binatang yang lincah, aktif dan lucu..  Apabila kucing yang aktif tiba-tiba menjadi pendiam, kemungkinan kucing tersebut sedang merasakan sakit.

3. Nafsu makan menurun atau meningkat secara tak menentu.

Kucing yang sakit, selera makannya tidak normal. Malah, kucing yang sakit biasanya kehilangan selera makan sehingga ia hanya akan menghabiskan sedikit sekali makanannya. Namun, kucing yang sakit juga memiliki selera makan yang besar . 

4. Kucing minum air secara berlebihan.

Kecenderungan kucing untuk minum secara berlebihan, ini menunjukkan bahwa kucing mengalami dehidrasi (kurang air )

5. Cairan abnormal keluar dari lubang-lubang tubuh kucing, yakni keluar cairan dari mata, hidung atau telinga, dsb.

Kucing yang sakit teruk biasanya akan mengeluarkan cairan dalam jumlah yang banyak dari mata, hidung dan mulutnya. Pengeluaran cairan ini biasanya diikuti dengan gejala kucing menjadi sangat lemah hingga tidak boleh berdiri terlantar sahaja .

6. Muntah dan najis tidak normal.

Kucing yang terganggu saluran pencernaannya biasanya sering muntah-muntah. Perhatikan cairan yang dimuntahkannya. Jika yang keluar adalah makanan yang dimakannya, ini dianggap normal, ada kucing muntah kerana tersedak. Namun, jika kucing memuntahkan cairan atau lendir berwarna dan berbau pelik, patut berhati hari kerana  mungkin  kucing anda sedang sakit atau pun keracunan makanan.

7. Terjadi pembengkakan pada bahagian tubuh kucing.

Jika  manusia mengalami pembengkakan atau  terjadi luka dalam , kucing juga boleh mengalaminya sama seperti manusia.

8. Berjalan tidak stabil, bahkan sulit untuk berdiri.

Ciri-ciri kucing yang sakit teruk adalah ia akan benar-benar lemah hingga tidak boleh untuk berdiri. Kucing sanggup mengheret dirinya, untuk mencari tempat-tempat basah (seperti bilik air atau tempat sejuk)
Bila anda mendapati kucing anda mengalami ciri-ciri kucing yang sakit seperti di atas, tindakan yang harus dilakukan adalah:
1.      Segera bawa dan periksakan ke doktor haiwan.
2.      Usaha untuk beri kucing makan agar kucing mahu makan.
3.      Jauhkan kandang kucing dari suasana yang bising, supaya kucing boleh berehat tanpa gangguan.
4.      Jauhkan dari anak-anak atau wanita hamil. Ini untuk menghindari anak-anak atau wanita hamil tertular penyakit kucing seperti toxoplasma.
5.      Asingkan kucing yang sakit dari yang sihat.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts